Meja Alumni STS
Kami dengan sukacitanya memaklumkan kepada para Alumni STS yang dikasihi bahawa kita sudah ada “Meja Alumni STS” di STS!
Latarbelakang
Dalam perbincangan fakulti ketika retret 2007 di Cameron Highland, didapati bahawa persekutuan Alumni STS memerlukan sokongan dari STS supaya lebih berfungsi seperti yang diinginkan oleh alumni dan STS sendiri. Oleh itu dalam retret fakulti tersebut diputuskan bahawa harus ada “meja alumni STS” di STS dan harus ada orang yang bertanggungjawab sebagai penyelarasnya, dan bukan mengambilalih tugas atau peranan komiti Alumni STS yang sedia ada. Dengan itu, maka Rev. Jensey Mojuin dan Ps. Tai Fui Fong dilantik sebagai pengendali atau coordinator Meja tersebut.
Sasaran
Selama atau dalam masa 2 tahun;
1.Data-data alumni STS yang sedia ada di STS sudah dikemaskini dan tersusun menjadi data-data yang terkini dan tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
2.Mengaktifkan hubungan atau komunikasi yang lebih mesra, bermakna, jujur dan dalam berbagai bentuk serta berkekalan di antara STS dengan semua alumni STS, serta di antara alumni STS itu sendiri.
Objektif
Dengan adanya meja alumni STS di STS maka;
1.Saluran atau tempat berkomunikasi timbal balik di antara STS dan alumni STS telah tersedia secara khusus dan tetap. Oleh itu, diharapkan komunikasi yang dalam berbagai bentuk tidak akan terputus walaupun dibatasi oleh waktu, jarak dan kesibukan.
2.Dapat berfungsi sebagai orang tengah dan jambatan penghubung di antara alumni dengan alumni yang lain agar sesama mereka selalu mengekalkan hubungan yang baik, sama seperti ketika berada di STS.
3.STS dan para alumni STS sendiri sentiasa dapat mengetahui beberapa perkembangan terbaru mengikut kawasan/daerah tentang sesama mereka, tentang keperluan-keperluan sesama mereka, tentang kegiatan-kegiatan mereka, tentang pelayanan mereka dan sebagainya.
Terima kasih, semoga Tuhan memberkati.
Rev. Jensey Mojuin
Koordinator Meja Alumni STS.
email: alumni_sts@stssabah.org
|